MAJLIS Sambutan Aidilfitri Madani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan akan diadakan di tujuh buah negeri.
Sekretariat Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tujuh negeri terlibat adalah Johor pada 18 April, Sabah (20 April), Melaka (22 April), Kelantan (2 Mei), Kedah (4 Mei), Pulau Pinang (5 Mei) dan Terengganu (9 Mei).
Jelas kenyataan itu, majlis tersebut adalah kerjasama antara kerajaan negeri selaku tuan rumah dan kementerian peneraju sebagi pelaksana bersama.
“Majlis ini akan dihadiri Perdana Menteri sebagai tetamu jemputan utama dan turut dihadiri Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri-negeri berkenaan.
“Tujuan utama penganjuran majlis ini adalah untuk memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di samping membolehkan pemimpin bertemu serta beramah mesra dengan rakyat,” jelas kenyataan itu.
Mengulas lanjut, kenyataan tersebut memaklumkan, majlis itu turut akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk meraikan hari kebesaran umat Islam bersama-sama pemimpi di peringkat Persekutuan dan negeri.
Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumkan, Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada 20 April ini.
Menurut kenyataan tersebut, majlis itu akan bermula pada jam 10.30 pagi hingga 3 petang dengan Kerajaan Negeri Sabah selaku tuan rumah bersama-sama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sebagai kementerian peneraju.
“Johor pula akan menjadi negeri pertama pelaksanaan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani pada 18 April ini bertempat di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall.
“Majlis akan bermula dari jam 4 petang hingga 7 malam dengan Kerajaan Neger Johor selaku tuan rumah bersama-sama Kementerian Pertahanan (MINDEF) sebagai kementerian peneraju,” jelas kenyataan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

