PM bertemu Nadir Al-Nuri dan keluarga di Kompleks Seri Perdana

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DALAM kesibukan tugasan harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, hari ini.

Lebih manis, pertemuan Perdana Menteri dengan Muhammad Nadir di Kompleks Seri Perdana itu turut disertai isteri dan anak-anaknya yang kembali dipertemukan setelah beberapa bulan terpisah kerana berada di Semenanjung Gaza.

Pertemuan berkenaan turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menzahirkan kesyukuran dan gembira apabila melihat isteri dan anak-anak Muhammad Nadir berada dalam keadaan baik.

Pada masa sama, Anwar berkata, mereka turut berbicara panjang mengenai penderitaan rakyat Palestin, pendirian Malaysia dan pengalaman ahli keluarga Muhammad Nadir keluar dari zon konflik sebelum pulang ke Malaysia.

“Saudara Nadir turut berkongsi kisah yang begitu mengesankan, di mana anak-anaknya teruja melihat telur dan tembikai ketika mula sampai ke Malaysia kerana sudah berbulan lamanya tidak dapat menikmati makanan asas itu akibat situasi perang yang terus memburuk di sana.

“Saya mendoakan saudara Nadir dan keluarganya dapat meneruskan kehidupan dengan tenang.

“Insya-Allah, saya akan terus membantu sedaya upaya dalam memudahkan urusan menyalurkan bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada rakyat Palestin,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Kelmarin, Muhammad Nadir dalam hantaran di Facebook mendedahkan Perdana Menteri sebagai watak utama dalam ‘misi gila’ membawa keluar keluarganya dari Gaza.

Baca artikel lain: Kejayaan satukan keluarga Nadir Al-Nuri bukti keprihatinan tinggi PM

Beliau turut menzahirkan rasa syukur atas kepulangan keluarga ke pangkuannya lebih-lebih lagi dalam suasana Aidilfitri tahun ini.

Menurut Muhammad Nadir, kisah bermula apabila beliau bersama sahabat iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby berpeluang untuk menemui Anwar pada satu majlis di Shah Alam.

Pada kesempatan itu, beliau sempat memberitahu kepada Anwar bahawa keluarganya terkandas di Rafah.

Bagaimanapun, beliau berkata, Anwar yang juga Menteri Kewangan itu hanya sempat membelek kiriman dan memberikan respon ringkas bahawa beliau akan bantu sebelum terus menaiki kenderaan ke majlis seterusnya.

“Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja, namun dalam surat, ada saya akhiri ayat dengan ‘Kepada ALLAH jualah kami berserah’. Saya langsung tawakal dan dan serahkan segalanya kepada ALLAH.

“Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini,” katanya.

Beliau akhirnya kembali disatukan dengan keluarga dan turut menyifatkan proses membawa pulang itu cepat, teratur serta lancar walaupun penuh 1,001 cabaran tersirat yang tidak semua berhak untuk dikongsikan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This