JENAZAH bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan jenazah Allahyarham Mohammed Hanif akan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Memetik laporan Astro Awani, jenazah Allahyarham tiba di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pukul 2.24 petang.
Jenazah diiringi ahli keluarga, saudara-mara dan orang kenamaan yang ingin memberi penghormatan terakhir.
Terdahulu, jenazah dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Negara selepas dibawa dari kediamannya di Seksyen 13, Shah Alam.
Perubahan lokasi pengebumian kemudian dimaklumkan kepada media dan orang ramai oleh ahli keluarga.
Mohammed Hanif menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun sekitar pukul 2.15 pagi tadi.
Baca artikel lain: Tun Hanif legenda PDRM, lakukan banyak perubahan, prihatin terhadap warga polis
Pemergian Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat iaitu selama 20 tahun itu dimaklumkan anak Allahyarham, Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif.
Lahir pada 16 Januari 1939 di Teluk Intan, Perak, Mohammed Hanif merupakan Ketua Polis Negara termuda iaitu berusia 35 tahun ketika dilantik pada 1974.
Ketua Polis Negara keempat itu menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah dibunuh dalam serangan komunis.
Memulakan kerjaya sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis pada tahun 1959, Mohammed Hanif dilantik selaku Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970, dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971.
Pada 1 Februari 1973 beliau menjadi Timbalan Ketua Polis Negara.
Selepas bersara pada tahun 1994, beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan operasi-operasi PDRM 2004-2005.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

