ACARA larian merentas desa dilaksanakan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini, mengikut garis panduan sedia ada.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata tidak timbul isu untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir sekolah berkenaan susulan kejadian seorang pelajar rebah sebelum meninggal dunia ketika menyertai acara terbabit.
“Ini adalah kemalangan (pelajar rebah kemudian meninggal dunia) dan program merentas desa yang dilaksanakan itu adalah anjuran pihak sekolah.
“Setiap acara larian merentas desa ada garis panduan sedia ada dan tidak timbul soal tindakan perlu diambil terhadap pentadbir sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Pendidikan MADANI Sekolah Murid Orang Asli di penempatan Orang Asli Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir, hari ini.
Baca artikel lain: BN Kedah lihat PM pentingkan pembangunan rakyat
Beliau mengulas insiden seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar yang merupakan pesakit jantung berlubang, meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa, Jumaat lepas.
Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, rebah kira-kira 50 meter sebelum ke garisan penamat bagi acara larian itu kira-kira 9.30 pagi.
-– BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

