2 trak TLDM bawa keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB

Dari Penulis

DUA buah trak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tiba di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pagi ini bagi membawa jenazah nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

Berita Harian melaporkan, trak berkenaan dilihat membawa keranda memasuki kawasan forensik pada pukul 8.45 pagi ini bagi membawa jenazah mangsa selepas selesai proses bedah siasat dijalankan.

Difahamkan selepas ini lapan jenazah Muslim akan dibawa ke ke Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) untuk solat jenazah sebelum dibawa pulang di kampung masing-masing.

Dua lagi mangsa iaitu Leftenan T Sivasutan akan dibawa ke kediamannya di Sitiawan bagi pengurusan kematian dan Laskar Kelas I Joanna Felicia anak Rohna pula akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak.

Mangsa akan dikebumikan mengikut istiadat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Baca artikel lain: Gaza Freedom Flotilla: Misi pelayaran ditangguhkan ke 26 April

Semalam, negara dikejutkan dengan nahas berkenaan yang berlaku ketika dua helikopter menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sempena Hari Terbuka Armada di Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 9.30 pagi.

Mereka yang terkorban dari HOM-AW139 dikenal pasti sebagai Kdr Muhammad Firdaus Ramli; Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin; Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun; PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy; BM TNL Noor Rahiza binti Anuar (Penumpang) dan LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna.

Dari pesawat Fennec dikenal pasti Kdr Muhamad Amir Mohamad; Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This