4 maut dalam kemalangan libat 2 kenderaan di Jalan Kuala Krai – Gua Musang

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

EMPAT maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai – Gua Musang, Kelantan, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan memberitahu, kemalangan tersebut melibatkan Toyota Hilux yang telah bertembung dengan Ford Ranger.

Katanya, terdapat mangsa yang menaiki Toyota Hilux tersepit dan anggota bomba telah bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkannya dengan mengunakan peralatan khas ‘Rescue Power Unit’.

“JBPM Negeri Kelantan menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.36 tengah malam tentang kemalangan jalan raya telah berlaku di Jalan Kuala Krai – Gua Musang, Kelantan.

Baca artikel lain: UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta

“Pasukan bomba dari dua balai berhampiran iaitu BBP Kuala Krai dan BBP Sungai Durian seramai 17 anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan membawa jentera FRT, LFRT, kenderaan RRV dan Pajero sebaik panggilan diterima.

“Dalam kejadian itu, terdapat empat orang mangsa yang meninggal dunia dan empat orang mangsa yang lain mengalami cedera parah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JBPM Kelantan menambah, kesemua mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala mangsa yang cedera parah telah di hantar ke Hospital Kuala Krai dengan menaiki Ambulan pihak KKM,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jentera Pas kawasan ditandingi Bersatu diarah bantu DUN lain

JENTERA Pas yang berada di kawasan ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

More Articles Like This