Annuar Musa bidas Fahmi Fadzil, tegaskan Pas sokong sepenuhnya PN

Dari Penulis

PENGERUSI Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa membidas Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berhubung kenyataan ketiadaan pemimpin Pas dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) setakat ini.

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO menegaskan, kenyataan Fahmi itu menunjukkan yang beliau sudah terkena penyakit berjangkit dengan UMNO.

Katanya, Fahmi juga dilihat menilai Pas dengan menggunakan ‘model of a loser‘ dan seperti dari kaca mata UMNO.

“Dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat, kita akan memberi sokongan sepenuhnya kepada rakan PN dan PAS komited menjaga solidariti dengan PN.

“Cara kerja Pas tak sama macam Pakatan Harapan (PH) atau UMNO dan saya tidak terkesan apabila dia buat kenyataan seperti itu,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Baca juga:  Bekas pemimpin DAP Ramasamy perlu sertai PN, “Dia ni kurang kasih sayang” – Fahmi

Terdahulu, Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar, menafikan dakwaan parti itu memboikot jentera PN pada PRK KKB.

Katanya, penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Perlis adalah antara punca ketidakhadiran pemimpin Pas Pusat pada proses penamaan calon, kelmarin.

Beliau berkata, selain majlis itu, parti turut dijadual mengadakan mesyuarat Pas Pusat dengan ketetapan itu dimuktamadkan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penting PRK KKB.

“Pas Pusat mengarahkan Pas Selangor berada di sini (Kuala Kubu Bharu) sepenuhnya dan tidak dibenarkan menghadiri program di Perlis.

“Pembahagian (tugas) sudah berlaku dengan Pas Selangor mewakili pemimpin Pas Pusat untuk turun ke siri kempen PRK KKB,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki kurung remaja tukar pengakuan tidak bersalah buat amang seksual

SEORANG lelaki yang mengurung dan mengikat remaja lelaki berusia 14 tahun menukar pengakuan kepada tidak bersalah atas pertuduhan melakukan...

More Articles Like This