PRK KKB: Calon PN underdog tapi akan beri kesungguhan – Ahmad Samsuri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

NAIB Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yakin calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) akan bekerja dengan penuh kesungguhan walaupun dikategorikan sebagai ‘underdog‘.

Menurut Menteri Besar Terengganu itu, mengambil berat isu rakyat dan menyelesaikan permasalahan penduduk adalah satu komitmen calon PN yang terbaik ketika ini.

“Mendengar taklimat daripada petugas Bilik Gerakan Jentera Perikatan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baru.

“Meskipun calon Perikatan Nasional dikatakan sebagai kategori “underdog”, kita tetap akan bekerja dengan penuh kesungguhan.

“Mengambil berat isu rakyat yang boleh dibawa penyelesaian sebagai salah satu komitmen bakal calon Perikatan Nasional yang terbaik, insya-Allah,” katanya menerusi perkongsian di media sosial hari ini.

Baca juga: PRK KKB: PN lancar manifesto hari ini, kenal pasti lima teras utama

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan turut turun berkempen calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut pada Ceramah Mega PN Khamis depan.

“Saya difahamkan Tan Sri Abdul Hadi Awang akan turun pada 9 Mei untuk berkempen. Hari kedua terakhir dan semua kepimpinan sudah mengatakan tarikh masing-masing untuk turun daripada awal penamaan calon sampai saat-saat akhir,” katanya lagi.

Ia sekaligus menepis dakwaan kepimpinan Pas memboikot kempen calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mewakili PN.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This