Kes simbah asid: Ketua Polis Selangor sahkan seorang lagi ditangkap

Dari Penulis

POLIS mengesahkan seorang lagi lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes simbah asid terhadap pemain pasukan Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berbangsa Melayu berusia lewat 30-an itu ditahan di Bandar Baru Bangi pada lewat petang semalam.

“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya pada pagi ini,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

UtusanTV semalam melaporkan, seorang suspek warga tempatan berusia 20-an ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes serangan asid terhadap Faisal.

Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey mengalami kelecuran tahap dua akibat disimbah asid oleh individu tidak diketahui di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang.

Penyerang sensasi Selangor FC itu menjadi pemain kebangsaan kedua yang diserang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab selepas nasib malang menimpa pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid.

Baru-baru ini, Akhyar yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) telah disamun di Terengganu oleh beberapa individu yang turut bertindak memukul sehingga mengakibatkan kecederaan di kepala dan badan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This