KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan(KPKM) sedia sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap pegawai-pegawai kanan termasuk seorang Pengurus Besar di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya berharap kes itu dapat dijalankan dengan siasatan dengan adil dan telus.
“Pada masa yang sama, KPKM sentiasa komited dalam usaha-usaha pencegahan rasuah dan meletakkan keutamaan terhadap tahap integriti yang tinggi di kalangan pegawai dan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana perlakuan rasuah dan amalan tidak berintegriti.
“Usaha berterusan sentiasa diambil oleh pihak KPKM dalam membanteras sebarang bentuk salah guna kuasa, konflik kepentingan, gejala rasuah dan penyelewengan melalui penambahbaikan arahan-arahan dalaman melibatkan pelbagai gerak kerja jabatan dan agensi di bawah KPKM,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan tiga pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan ditahan SPRM semalam.
Mereka direman selama empat hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah. Penahanan sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.
Seorang lagi pegawai kanan pula disambung reman selama tiga hari bermula esok sehingga Khamis mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 selepas disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

