AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Datuk Noorazley Yahya menafikan beliau telah diisytiharkan bankrap seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam.
Sebaliknya, Noorazley menegaskan, beliau hanya bertindak sebagai penjamin kepada sebuah syarikat.
ADUN Bukit Melawati itu memaklumkan, notis kebankrapan yang tular itu telah diterimanya awal tahun ini.
Pada masa sama, beliau berkata, perkara itu sudah pun diselesaikan.
“Saya tak ada nama dalam syarikat itu… hanya penjamin.
“Alhamdulillah, perkara ini selesai apabila bayaran dibuat dan pihak bank memberi kerjasama yang baik.
“Mohon jangan rumitkan keadaan,” katanya seperti dilaporkan BH Online, hari ini.
Baca artikel lain: Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak
Dalam pada itu, Noorazley turut meluahkan rasa hairan apabila isu tersebut tular menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) yang berlangsung hari ini.
“Kalau diikutkan, kepemimpinan tertinggi parti tidak membenarkan saya komen kerana bimbang akan melemahkan Perikatan Nasional (PN) dalam PRK ini.
“Bagaimanapun ia sudah berlalu. Saya nasihatkan masyarakat tidak ambil mudah isu menjadi penjamin,” katanya.
Terdahulu, satu notis kebankrapan dipercayai mengandungi nama Noorazley telah tular dalam media sosial.
Dalam notis tersebut, Noorazley dikatakan telah menerima notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 26 Mac 2024.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

