Mesej dakwa AS kenakan sekatan terhadap Malaysia palsu – Fahmi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MESEJ tular yang mendakwa kononnya Malaysia menjadi negara ASEAN pertama dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) adalah palsu.

Perkara tersebut disahkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi hantaran di laman X, hari ini.

Menurut Fahmi, beliau turut menerima pengesahan daripada pihak Kedutaan AS bahawa mesej itu adalah palsu.

“Saya telah menerima mesej tular yang mendakwa Malaysia negara ASEAN pertama yang telah dikenakan sekatan (sanction) oleh Amerika Syarikat (AS).

“Berdasarkan penafian Reuters Press Team di X dan pengesahan yang saya terima dari pihak Kedutaan Amerika Syarikat, saya sahkan bahawa mesej tular itu adalah palsu,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Laporan Malaysia disenaraikan penaja negara keganasan adalah palsu – Reuters

Terdahulu, laporan berita dikaitkan dengan Reuters yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan disahkan palsu.

“Mana-mana dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu,” jelas agensi berita itu menerusi hantaran di platform X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter).

Reuters tidak melaporkan perkara itu, tegasnya mengulas mengenai artikel berita yang disebar luas terutama menerusi WhatsApp, penyedia perkhidmatan pesanan segera.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This