Wanita maut, Alza dipandu terjatuh dalam sungai

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG wanita maut dipercayai akibat lemas selepas Perodua Alza dipandunya terbabas lalu terjatuh ke dalam sungai di Jalan Lahar Kepar, Penaga, Kepala Batas, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Siti Hawa Mohd Isa, 40, disahkan meninggal dunia selepas terperangkap dalam Perodua Alza tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, JBPM Pulau Pinang menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 7.39 pagi tadi.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) telah dikejarkan ke lokasi kejadian bersama jentera LFRT.

Komander Operasi Kanan Bomba, Mohamad Yazi Taib memaklumkan, unit khas pasukan penyelamat di air (PPDA) daripada BBP Butterworth turut hadir bagi membantu kerja-kerja penyelamatan.

Baca artikel lain: 1 maut, 1 parah lori tanah jatuh tebing

“Unit khas PPDA telah menemukan kereta berkenaan di dasar sungai bersama seorang wanita dewasa yang terperangkap di dalamnya.

“Mangsa dibawa keluar oleh pasukan penyelamat pada pukul 9.55 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sejumlah 11 keanggotaan termasuk anggota PPDA bersama kenderaan Mitsubishi Triton telah melakukan operasi penyelamatan tersebut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 10.06 pagi tadi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This