JULINA Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Penerangan, Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Japen dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Julina yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat daripada Universiti Putra Malaysiaitu mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam kerajaan dan komunikasi strategik, telah memulakan karier sebagai penjawat awam pada 1996.
Jelas Japen, dilahirkan di Johor, beliau merupakan Ketua Pengarah yang ke-19 dan wanita kedua yang dilantik menerajui JAPEN sejak penubuhannya pada 1945.
“Beliau sebelum ini telah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), JAPEN pada 2023.
“Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa Kementerian seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi.
“Melalui pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh beliau diyakini akan dapat memperkasakan tatakelola serta meneruskan kecemerlangan Japen,” jelas kenyataan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

