DATUK Seri Anwar Ibrahim menjemput Perdana Menteri baharu Singapura, Lawrence Wong untuk melawat Malaysia dalam tempoh terdekat.
Jemputan itu disampaikan Anwar menerusi panggilan telefon kepada Lawrence, semalam, seperti yang dikongsikan dalam hantaran di Facebook rasmi beliau.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Lawrence atas pelantikan sebagai Perdana Menteri keempat republik tersebut.
“Sekalung tahniah kepada Lawrence Wong di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri baharu Singapura.
“Saya sempat sampaikan perkara tersebut menerusi panggilan telefon kepadanya hari ini (semalam) sambil menyampaikan jemputan kepadanya untuk melawat Malaysia secepat mungkin.
“Beliau turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan pilihan raya di Kuala Kubu Bharu baru-baru ini.
“Kami senada untuk memberi komitmen dan bekerjasama rapat selain meneruskan perbincangan mengenai perkara yang berkepentingan bersama,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Anwar, Lawrence Wong boleh jadi pelopor bangun standard ESG serantau di Asia Tenggara – Penganalisis
Selepas hampir dua dekat Lee Hsien Loong berkhidmat sebagai Perdana Menteri Singapura, republik itu menerima kehadiran Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri baharu.
Lawrence mengangkat sumpah jawatan di Istana Singapura, Rabu lalu.
Menteri Kewangan berusia 51 tahun itu menggantikan Hsien Loong, 72 yang telah pun berkhidmat sebagai Perdana Menteri sejak 2004.
Lawrence, yang menjadi Perdana Menteri keempat dalam sejarah Singapura, akan menggalas tanggungjawab mengetuai PAP pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
PRU tidak dijangka berlaku sehingga November 2025, namun boleh dipanggil seawal tahun ini.
Pada PRU 2020, pembangkang menunjukkan prestasi terkuat sejak merdeka, namun 83 daripada 93 kerusi dimenangi oleh PAP.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

