KKM kesan 2,338 kes demam denggi bagi tempoh 5 hingga 11 Mei

Dari Penulis

SEBANYAK 343 kes baharu kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-19 (ME19) bagi tempoh 5 hingga 11 Mei lepas, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 2,338 kes berbanding 1,995 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, satu kematian akibat komplikasi demam denggi turut direkodkan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME19 ialah 57,220 kes berbanding 41,175 kes bagi tempoh sama pada 2023, manakala terdapat 40 kematian akibat komplikasi demam denggi (ME19) telah dilaporkan berbanding 26 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

“Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME19 adalah 60 lokaliti berbanding 70 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

“Daripada 60 lokaliti yang dilaporkan, 45 lokaliti adalah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (tujuh), Sarawak (tiga), Pulau Pinang (dua), dan masing-masing satu lokaliti di Kedah , Perak dan Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, mengulas mengenai Monsun Barat Daya dengan taburan hujan dijangka berkurangan dan cuaca menjadi lebih panas, beliau berkata situasi tiu boleh menyumbang kepada peningkatan populasi nyamuk Aedes di persekitaran disebabkan kitaran hidup nyamuk dari fasa telur sehingga dewasa akan menjadi lebih pendek.

“Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME19 adalah 60 lokaliti berbanding 70 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

“Daripada 60 lokaliti yang dilaporkan, 45 lokaliti adalah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (tujuh), Sarawak (tiga), Pulau Pinang (dua), dan masing-masing satu lokaliti di Kedah , Perak dan Negeri Sembilan,” katanya.

Mengenai Monsun Barat Daya dengan taburan hujan dijangka berkurangan dan cuaca menjadi lebih panas, beliau berkata situasi tiu boleh menyumbang kepada peningkatan populasi nyamuk Aedes di persekitaran disebabkan kitaran hidup nyamuk dari fasa telur sehingga dewasa akan menjadi lebih pendek.

Justeru orang ramai dinasihatkan untuk terus memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah dengan melakukan aktiviti ‘cari dan musnah’ tempat pembiakan nyamuk Aedes sekurang-kurangnya 10 minit sekali seminggu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This