Pemilik resort anjur parti liar ‘Aloha Party’ dikompaun RM25,000

Dari Penulis

PEMILIK Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar ‘Aloha Party’, Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000 kerana melanggar peraturan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata pemilik resort juga diarah tidak lagi menganjurkan program berkenaan bagi tahun-tahun akan datang meskipun ia didakwa diadakan secara tertutup khas untuk pengunjung resort.

“Kita telah panggil pemilik resort dan pengurusan untuk beri penjelasan, dan daripada penjelasan itu kita dapati banyak perkara atau Prosedur Operasi Standard (SOP) dilanggar, antaranya program itu diadakan secara ulangan setiap tahun tanpa pengetahuan pemegang taruh seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), polis dan sebagainya,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pemilik dan pengurusan Summer Bay Resort di Wisma Darul Iman, hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu kerajaan negeri akan meningkatkan pemantauan di semua resort dan pusat percutian di negeri ini bagi mencegah kejadian seumpama itu daripada berulang pada masa akan datang.

Baca artikel lain: Perkara 153 perlu didukung semua parti Melayu – Rais

Razali berkata selain itu pihaknya juga akan mengkaji semula enakmen hiburan negeri untuk menaikkan kadar kompaun bagi menimbulkan kegerunan serta pengajaran terhadap pemain industri pelancongan yang cuba melanggar peraturan.

“Saya nasihatkan pengusaha dan agensi pelancongan jangan ambil kesempatan untuk lakukan kecelakaan maksiat di negeri Terengganu. Kita ada SOP dan akan ambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat dengan perkara yang melanggar tatacara dan peraturan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Summer Bay Resort, Datuk Chong Fah Ming memohon maaf kepada kerajaan negeri dan rakyat Terenggganu atas kekecohan yang berlaku.

Menurut beliau, pihaknya akan lebih berhati-hati dalam menganjurkan sesuatu program pada masa depan bagi mengelak daripada menyentuh sensitiviti umat Islam.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tiada kos tambahan LRT3 walaupun lewat siap, kontraktor dikenakan denda RM2.729 juta sehari – Loke

KERAJAAN menegaskan projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) tidak membabitkan sebarang pertambahan kos meskipun berlaku kelewatan menyiapkan...

More Articles Like This