KOPERASI Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) telah melancarkan Al-Falah, satu produk pelaburan khas baharu yang berpotensi untuk memberikan pulangan kadar keuntungan lebih tinggi berbanding pelaburan biasa.
Produk tersebut dilancarkan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) KOPSYA Kali Ke-10 yang berlangsung secara hibrid di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor, semalam.
Menurut Pengerusi KOPSYA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, Al-Falah menawarkan tempoh pelaburan selama 36 bulan dan pelaburan minimum sebanyak RM100,000 serta jangkaan kadar keuntungan sekitar lima peratus.
Jelasnya, melalui KOPSYA, jumlah pelaburan adalah berjumlah RM32 juta sekali gus mencerminkan keyakinan anggota terhadap keupayaan koperasi dalam menguruskan dana pelaburan yang memberikan pulangan kompetitif.
“Sehingga April 2024, keanggotaan KOPSYA adalah sebanyak 1,629 buah koperasi dengan jumlah pegangan syer terkumpul sebanyak RM63.1 juta.
“Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, KOPSYA juga telah merekodkan keuntungan bersih kumpulan berjumlah RM5.41 juta.
“KOPSYA juga telah meluluskan pembiayaan dengan jumlah sebanyak RM1.09 bilion dan telah membuat pengeluaran kepada lebih dari 150 koperasi sebanyak RM715 juta setakat 20 Mei 2024,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Abdul Fattah menambah, dalam usaha memastikan pendanaan KOPSYA kepada koperasi khususnya koperasi kredit dapat dilakukan secara berterusan, KOPSYA turut akan menerbitkan sukuk bernilai RM2 bilion.
Jelasnya, untuk peringkat permulaan, jangkaan sebanyak RM100 juta terbitan sukuk bagi ‘Tranche’ Pertama akan dilancarkan pada tahun ini.
“Bagi merealisasikan penerbitan sukuk, KOPSYA memerlukan kerjasama yang jitu dan komitmen yang tinggi daripada koperasi kredit yang memperolehi pembiayaan daripadanya untuk memberikan maklumat diperlukan oleh pihak-pihak yang berkaitan,” katanya lagi.
Seramai 848 perwakilan berdaftar seluruh negara telah menyertai MAPT KOPSYA Kali Ke-10 yang terdiri daripada 266 orang yang hadir secara fizikal dan 582 orang secara dalam talian.
Mesyuarat telah membentangkan sebanyak 18 agenda antaranya Mengesahkan Minit MAPT Kali Ke-9 (2023) serta Membentang dan Menerima Laporan Lembaga bagi Tempoh Januari 2023 hingga Disember 2023.
Proses pengundian secara digital berjalan lancar bermula kira-kira pukul 12.20 tengah hari bagi melantik lima Anggota Lembaga KOPSYA Sesi 2024/2026 dan enam (Jawatankuasa Penentusah Minit MAPT KOPSYA Kali Ke-10.
Hadir sama secara fizikal dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Pengerusi KOPSYA, Zaharuddin Alias; Setiausaha KOPSYA, Alimen Ahmad; Bendahari KOPSYA, Mohd Jamil Othman dan barisan Anggota Lembaga KOPSYA serta barisan pengurusan KOPSYA.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

