Usaha berterusan kerajaan bolehkan negara tarik pelaburan yang mencatatkan rekod – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MALAYSIA berjaya menarik tahap pelaburan yang mencatatkan rekod, ia didorong oleh sektor pembuatan, semikonduktor dan aeroangkasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua itu dicapai hasil daripada usaha berterusan kerajaan termasuk dalam aspek melaksanakan pembaharuan dasar.

Jelasnya, situasi itu turut memberi kesan kepada bon Malaysia, di mana dana global membelanjakan lebih daripada AS$2 bilion iaitu aliran masuk tertinggi dalam tempoh 10 bulan ketika dunia berdepan krisis.

“Ringgit telah menjadi mata wang berprestasi terbaik Asia untuk dua tahun berturut-turut. Ekonomi kita meningkat 5.2 peratus tahun lepas.

“Malaysia juga telah menarik rekod pelaburan, didorong oleh sektor pembuatan, semikonduktor dan aeroangkasa.

“Semua ini tidak dicapai tanpa usaha. Kami tidak henti-henti komited kepada pembaharuan dasar dan penglibatan yang berterusan dengan syarikat dan pengurus dana.

“Kerja ini akan diteruskan dengan disiplin,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026, hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This