JOHAN Raja Lawak dan isteri, Ozlynn Wati antara 11 pengamal media dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.
Menurut Fasilitator Media Kementerian Media, Kerajaan Arab Saudi, Datuk Haji Izelan Basar, kira-kira 2,000 pengamal media dan pempengaruh dijemput berbanding tahun lepas sebanyak 1,500.
Katanya, wakil media Malaysia yang dijemput tahun ini terdiri daripada TV AlHirah, Bernama TV, Astro Awani, UtusanTV dan Utusan Malaysia.
Baca artikel lain: Bersatu sah gugur keahlian 6 Ahli Parlimen, seorang ADUN serta-merta
Izelan berkata, pengamal media pada tahun ini bukan sahaja berpeluang menunaikan haji, mereka juga berpeluang menyaksikan Majlis Pelancaran Pusat Media termoden dan tercanggih di dunia yang berkonsepkan teknologi kecerdasan buatan (AI) di Jeddah.
Semua agensi media yang terlibat dijangka melaporkan secara langsung persiapan rapi Kerajaan Arab Saudi dalam menyediakan perkhidmatan terbaik buat para tetamu Allah yang mencecah 3.5 juta umat Islam dari lebih 120 negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

