MARA jalin kerjasama strategik bersama pemain industri di China – Asyraf Wajdi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) berjaya menjalinkan hubungan strategik bersama syarikat gergasi, pemain industri dan institusi terkemuka di China sepanjang 10 hari lawatan di negara tersebut.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, antaranya adalah kerjasama  strategik MARA-UNIKL bersama Huawei.

Jelas beliau, kerjasama itu bagi menubuhkan Huawei Academy di UNIKL dengan tujuan penyelidikan, pendidikan dan transfer technology mengenai teknologi pengurusan bencana di bandar dan luar bandar serta pengurusan smart city yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar UNIKL.

Selain itu, katanya, kerjasama dengan Ali Baba Cloud Sdn. Bhd yang merupakan syarikat gergasi dunia.

Katanya, syarikat itu bersetuju untuk menubuhkan Ali Baba Cloud Academy di UNIKL BMI, Gombak yang memfokuskan teknologi cloud computing, AI, IOT dan teknologi IR4.0. 

“MARA Corp dan MARA Liner juga telah bekerjasama dengan syarikat gergasi China dalam bidang kenderaan elektrik (EV), CRRC Corporation dalam pembuatan dan pembekalan bas EV bagi pemindahan teknologi di Malaysia bagi mengubah lebih 6,000 bas di Malaysia kepada EV.

“Penubuhan Malaysia China Institute (MCI) dibawah MARA akan membuka ruang bagi menghantar pelajar-pelajar Malaysia seramai 5000 orang ke China bermula dengan tenaga pelajar IPMA-IPMA bagi mempelajari High TVET Technology, serta akan menghantar pelajar ke lebih 220 institusi kemahiran di China dan buka ruang dan peluang pelajar bekerja dengan industri-industri di China,” katanya.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, kerjasama antara Kerajaan Malaysia-China itu memberi makna yang cukup besar kerana dapat memanfaatkan lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya dalam bidang TVET selari dengan China merupakan antara kuasa terbesar ekonomi dunia. 

Untuk rekod, lawatan selama 10 hari ke China bermula di Bandar Shenzhen, Shanghai dan berakhir di Beijing bersama delegasi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bersempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia China.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jentera Pas kawasan ditandingi Bersatu diarah bantu DUN lain

JENTERA Pas yang berada di kawasan ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

More Articles Like This