Tony Pua bawa hujah hipokrit bela Hannah Yeoh, kata Puad Zarkashi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua Kiam Wee dilihat membawa hujah hipokrit untuk membela Pengerusi Wanita DAP, Hannah Yeoh Tseow Suan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi turut menyindir Tony Pua yang muncul secara tiba-tiba menjadi ‘malaikat’.

Beliau turut membidas Tony Pua yang cuba mengalihkan isu suami Hannah Yeoh dengan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Sedangkan, menurut Mohd Puad, isu yang berbangkit dan menjadi kontroversi adalah berhubung tatakelola, konflik berkepentingan dan double standard dari segi penyiasatan.

“Tiba tiba sahaja Tony Pua muncul macam malaikat. Dia bawa hujah hipokrit untuk membela Hannah.

“Menurutnya, syarikat milik suami Hannah adalah syarikat yang berprestasi dan ada pengalaman. Apakah prestasi tiket untuk bulldoze tata kelola?

“Hannah orang kuat DAP. Exco yang meluluskan dari DAP. Apakah tidak mungkin dengan satu mesej “pm tepi” konflik kepentingan tidak boleh berlaku?,” soal Mohd Puad.

Terdahulu, timbul isu yang mana pengguna aplikasi X @RakyatAduan yang mempersoal mengenai pelantikan Asia Mobility dalam projek DRT di Selangor.

Ia susulan dakwaan syarikat itu dimiliki suami Hannah selain persoalan sama ada pelantikan syarikat itu dilakukan sebagai tender terbuka.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, hujah Tony Pua bahawa Hannah menjadi mangsa persepsi sambil membandingkan dengan kes Shahrizat juga tidak tepat.

Hal itu menurut Mohd Puad kerana Shahrizat serta suaminya telah menjadi mangsa persepsi selama 12 tahun selepas mahkamah memutusukan mereka tidak bersalah.

“Mujur Tony Pua tidak lama dalam Kementerian Kewangan dan jadi orang berpengaruh di situ. 

“Mungkin akan banyak hipokrasi berlaku atas nama prestasi dan kealiman,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This