“Meluangkan masa bersama anak tak dapat, hidup senang juga tidak” – Afdlin Shauki

Dari Penulis

PELAKON dan pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki melahirkan rasa kagum dengan ibu bapa yang dianugerahkan anak autisme.

Menurut Afdlin atau nama penuhnya Afdlin Shauki Aksan, 53, ibu bapa yang memiliki anak autisme sememangnya mempunyai tahap ketabahan yang tinggi dalam menghadapi pelbagai pengorbanan dan cabaran sejak awal perkembangan anak tersebut.

Malah, dia turut berkongsi pengalaman rakannya yang mempunyai anak istimewa itu yang sanggup melepaskan kerjayanya demi menjaga kebajikan anak tersebut.

“Untuk mereka yang mempunyai anak kelainan upaya, mereka punya pengorbanan sangat tinggi dan belajar pada waktu yang awal. Sebab mereka dah adaptasi sejak anak kecil lagi untuk jaga keluarga.

“Saya memang hormat sangat-sangat dengan keluarga yang memiliki anak autisme dan kelainan upaya ini kerana mereka sangat hebat.

“Saya tiada anak autisme tapi masih berenggang sebab terlalu sibuk bekerja. Bayangkan betapa hebat ibu bapa yang ada anak autisme ini.

“Saya ada kawan yang dikurniakan anak autisme. Dia berhenti bekerja dan jadi ayah sepenuh masa, dalam hati saya, macam mana dia nak jaga keluarga tapi percaya Allah SWT akan berikan jalan untuknya,” ujarnya kepada URTV.

Dalam masa yang sama, pemegang watak Saadom menerusi filem Papadom ini turut menegaskan agar orang ramai memahami kepentingan kesimbangan dalam kehidupan terutama bagi mereka yang berkeluarga.

Disamping itu, dia juga berharap agar ibu bapa tidak terlalu asyik mengejar kesenangan dan pada masa sama menasihati anak agar memahami kesukaran.

“Jalan kehidupan kita kena seimbang, cakap memang senang. Tapi seimbang itu apa? Anak tiba-tiba nak pergi taman tema air, jadi di situ perlu belanjakan banyak duit.

“Untuk dapatkan duit, bapa tidak dapat jumpa anak kerana nak dapatkan duit. Tapi yang sedihnya bila bapa sibuk bekerja tidak sempat merasa senang tiba-tiba ‘habis’ (meninggal dunia). Meluangkan masa bersama anak tidak dapat, hidup senang juga tidak dapat.

“Saya harap perkara ini sedikit sebanyak beri peringatan kepada ibu bapa diluar sana serta anak-anak untuk memahami situasi ibu bapa yang berada dalam kesulitan,” ujarnya lagi.

Afdlin berkongsi kenyataan ini ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran novel Papadom sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL) di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia (WTC) KL pada Sabtu.

Afdlin telah menyiapkan sebuah novel, kisah Papadom yang merupakan adaptasi dari filem yang pernah dilakonkanya bersama Liyana Jasmay pada tahun 2009.

Kini, sebanyak 1000 naskhah telah dikeluarkan untuk cetakan pertama, setebal 160 muka surat yang diterjemahkan dari skrip filem arahannya dengan nilai sentimental yang amat peribadi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This