PISMA tangani isu bencana banjir di bandar

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan menekankan penerapan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk menangani isu di kawasan bandar yang sering dilanda banjir.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pendekatan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan membangunkan bandar tahan bencana.

Berucap pada pembukaan pleno Sidang Kemuncak Bandar Dunia (WCS) hari ini, beliau berkata, perancangan guna tanah dalam rancangan struktur negeri dan tempatan akan diselaraskan dengan PISMA ke arah memperbaiki sistem saliran di kawasan bandar untuk mengurangkan kejadian banjir besar.

“Bandar tahan bencana adalah aspek penting dalam pembangunan bandar, terutama di negara yang terdedah kepada bencana alam seperti Malaysia.

Baca artikel lain: Hamzah akan hantar notis kekosongan kerusi kepada Speaker

“Pelaburan dalam infrastruktur tahan bencana, sistem amaran awal termasuk pembabitan komuniti adalah kunci membina keupayaan bandar untuk bertahan dan pulih daripada bencana,” katanya.

Alexander berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dan dasar untuk meningkatkan ketahanan di peringkat tempatan, termasuk Pelan Strategik Pengurangan Risiko Bencana dibangunkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merangkumi peningkatan infrastruktur kritikal untuk mengekang potensi bencana.

Di bawah bidang kuasa KKR, katanya, Dasar Pembinaan Negara 2030 (NCP 2030) diperkenal sebagai dasar 10 tahun yang dirumus untuk mencerminkan komitmen penuh kementerian dalam memudahkan pemain sektor menjadi lebih tangkas dan kompetitif dalam membangunkan infrastruktur yang mampan.

Beliau berkata, Teras Dua NCP 2030 yang menjadi antara empat strategi digariskan, menekankan pembangunan infrastruktur yang berkualiti, boleh dipercayai, mampan dan tahan bencana selaku asas mewujudkan bandar tahan bencana.

Alexander berada di Singapura untuk mengetuai delegasi Malaysia ke WCS dan Forum Infrastruktur Asia (AIF) 2024, yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

WCS yang dianjurkan secara dwitahunan adalah platform eksklusif bagi pemimpin kerajaan dan pakar industri untuk menangani cabaran bandar yang boleh didiami dan mampan, berkongsi penyelesaian bandar bersepadu dan menjalin perkongsian baharu.

Beliau dijadualkan bertemu dengan Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee, hari ini.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This