Kelantan akan semak, laksana kenaikan gaji dan elaun penjawat awam

Dari Penulis

Kelantan akan menyemak dan melaksanakan usaha menaikkan gaji dan elaun tetap penjawat awam negeri selaras dengan penetapan oleh Persekutuan.

Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, ianya terikat dengan penetapan dan kelulusan oleh kerajaan Persekutuan.

Menurutnya lagi, sebarang penetapan kadar gaji dan elaunoleh kerajaan Persekutuan akan terpakai kepada kerajaan negeri.

“Pada keseluruhannya, apa-apa pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia turut dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri termasuk Kelantan.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri akan turut menyemak kadar gaji dan elaun tetap penjawat awam negeri sebagaimana pekeliling perkhidmatan yang akan diterima nanti dan diputuskan perlaksanaannya oleh pihak berkuasa negeri,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: PRK Sungai Bakap: UMNO sedia bantu calon PH – Ahmad Maslan

Beliau berkata demikian pada Persidangan Kali Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 bagi Tahun 2024 di Kompleks Darulnaim, hari ini.

Beliau menjawab soalan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim – Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mohd Nassuruddin berkata, penyelarasan yang sama juga akan dipertimbangkan bagi pegawai dan kakitangan kontrak.

“Pihak kerajaan negeri sedang pertimbangkan penyelarasan gred gaji berdasarkan merit dan bebanan kerja mereka,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This