MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cabaran pertahanan dan kedaulatan negara sudah semakin rumit, pelbagai dan tidak menentu.
Tegas beliau, ianya hadir dalam bentuk yang tidak diduga, dengan cara dan pendekatan tak pernah dapat digambarkan sebelum ini.
Malah, katanya lagi, hampir semua Menteri Pertahanan dari pelbagai negara mengakui keperluan dan kepentingan untuk mengukuhkan ketumbukan pertahanan dengan pelbagai jenis ilmu, kemahiran serta keupayaan.
“Sepanjang hujung minggu lalu saya dan delegasi MINDEF berada di Singapura untuk menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan di bawah Five Power Defence Arrangements (FPDA) dan Shangri La Dialogue 2024.
“Penyertaan saya dalam kedua-dua platform tersebut telah mengukuhkan keyakinan kita untuk terus memberi perhatian kepada pelbagai bentuk ancaman dan cabaran baharu pertahanan.
“Berbekalkan realiti itu, MINDEF dan ATM mahu memberi perhatian kepada usaha mengumpul bakat-bakat terbaik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Bantuan Universiti Luar Negara (ULN) Tahun 2024 di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.
Baca artikel lain: Menteri Pertahanan sampai bantuan kepada 94 anak warga ATM lanjut pelajaran ke universiti
Yang turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.
Justeru, beliau berharap melalui pengiktirafan kecemerlangan pendidikan hari ini, pihaknya dapat menyampaikan mesej yang jelas bahawa Kementerian Pertahanan dan ATM mahukan bakat terbaik.
“Hanya dengan mempunyai bakat terbaik, pelbagai keperluan dan cabaran pertahanan masa depan dapat kita uruskan dengan berkesan.
“Kita lakukan pemberian insentif ini kerana kita percaya, kejayaan pendidikan anak-anak anggota ATM adalah salah satu bentuk pelaburan ke atas benteng pertahanan jangka panjang,” tegasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

