Penyelenggaraan LRA SSP1: Bekalan air di 12.7 peratus kawasan telah pulih

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 12.7 peratus di tujuh kawasan di Lembah Klang yang terjejas ekoran gangguan bekalan air berjadual telah pun pulih setakat pukul 6 pagi tadi susulan kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), semalam.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, peratusan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas dijangka mencapai sekitar 20 peratus pada pukul 3 petang ini.

Menurut Air Selangor, bekalan di 90 peratus kawasan pula akan mulai pulih menjelang pukul 3 pagi esok manakala pemulihan penuh dijangka pada pukul 12 tengah hari esok.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sementara itu, Air Selangor turut menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Baca artikel lain: Pengguna terima semula bekalan air secara berperingkat mulai 3 pagi

Pada masa sama, Air Selangor berharap supaya pengguna yang telah mendapat bekalan air menggunakannya secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Sebanyak tujuh kawasan iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai pukul 9 pagi semalam.

Ia susulan kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di LRA SSP1 yang selesai pada pukul 7 malam tadi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This