MYRIDE platform e-hailing tempatan terbaharu berjaya mendaftarkan hampir 5,000 pemandu dalam masa 14 hari selepas pelancarannya pada 29 Mei lalu.
Sejak tarikh tersebut juga, MyRide merekodkan lebih 11,000 muat naik aplikasi berkenaan oleh pengguna di seluruh negara.
MyRide memberitahu, penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatannya hanya perlu memuat naik aplikasi melalui Playstore atau App Store untuk menikmati tempahan perjalanan pantas, selamat dan berbaloi.
“MyRide memahami kepentingan keselamatan dan keselesaan penumpang serta kesamarataan dalam membayar tambang.
“Oleh itu, MyRide berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dengan kadar tambang yang munasabah.
Baca artikel lain: Polis rakam lapan keterangan babit kes keracunan makanan di Gombak
“Ini memberi peluang kepada pemandu untuk menjana pendapatan yang saksama sambil memberikan penumpang pengalaman perjalanan yang menyenangkan tanpa perlu bimbang tentang tambang yang tidak munasabah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, meskipun masih baharu, platform MyRide tidak hanya terhad kepada bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia, tetapi juga akan segera tersedia di Sabah dan Sarawak.
“Ini membuktikan komitmen MyRide untuk menyediakan perkhidmatan yang merangkumi seluruh negara, memastikan bahawa semua lapisan masyarakat dapat menikmati manfaatnya,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

