Anwar tak turun berkempen di PRK Sungai Bakap

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tidak akan turun sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap antara 22 Jun sehingga 5 Julai depan.

Memetik laporan New Straits Times Online, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) hanya memberikan jawapan ‘tidak’ selepas ditanya sekiranya beliau akan turun membantu calon Kerajaan Perpaduan di PRK DUN Sungai Bakap itu.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas secara lanjut berhubung keputusan tidak turun berkempen itu.

“Tidak, tidak, tidak…,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi, hari ini.

Ini merupakan kali kedua Perdana Menteri mengambil keputusan tidak turun berkempen dalam PRK.

Sebelum ini, Anwar juga tidak turun berkempen pada PRK Kuala Kubu Bharu yang menyaksikan PH mengekalkan kerusi itu menerusi calonnya, Pang Sock Tao pada 11 Mei lalu.

PRK Sungai Bakap merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.

Baca artikel lain: Anwar beri sumbangan RM113,000 kepada masjid, surau di Indera Mahkota

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lepas semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu, Nor Zamri menang dengan majoriti 1,563 undi menewaskan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Nurhidayah Che Rose.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Sungai Bakap adalah pada 6 Julai depan.

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 22 Jun (Sabtu) dan 2 Julai (Selasa).

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 22 Jun hingga 11.59 malam pada 5 Julai.

PRK ini akan melibatkan 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This