Tujuh ekor lembu dikorbankan dalam Majlis Gotong Royong Perdana Qurbani Kumpulan Shapadu 2024

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KUMPULAN Shapadu menyembelih tujuh ekor lembu sebagai korban pada tahun ini bagi mengambil keberkatan daripada sambutan Hari Raya Aidiladha.

Program sembelihan bermula kira-kira pada jam 9 pagi disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani.

Imam Masjid Putra, Abd Karim Zakaria Al Makki mengimamkan solat sunat Aidiladha sebelum Majlis Gotong-Royong Perdana Qurbani Kumpulan Shapadu 2024 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.

Apa yang menarik adalah Shafiz turut melakukan sendiri sembelihan sambil dibantu oleh kakitangan Kumpulan Shapadu serta penduduk sekitar.

Turut hadir dalam majlis yang diadakan di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya itu adalah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani (tengah) menyerahkan bungkusan daging korban kepada sebahagian penduduk-penduduk Putrajaya pada Majlis Gotong-Royong Perdana Qurbani Kumpulan Shapadu 2024 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.

Daging-daging korban kemudiannya diedarkan kepada penduduk setempat dan golongan asnaf yang memerlukan di sekitar kawasan Putrajaya.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, majlis telah diserikan dengan kehadiran Imam Masjid Putra, Abd Karim Zakaria Al Makki.

Imam Masjid Putra, Abd Karim Zakaria Al Makki menyampaikan khutbah Aldiladha selepas menunaikan solat sunat Aildiladha sebelum Majlis Gotong-Royong Perdana Qurbani Kumpulan Shapadu 2024 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.

Abd Karim kemudian turut sama menyempurnakan solat sunat Aidiladha dan menyampaikan khutbah.

Ketika muslimin melakukan penyembelihan lembu, kaum muslimat pula disajikan ceramah oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Jakim, Ustazah Nazirah Abu Bakar.

Majlis turut dimeriahkan dengan acara qasidah dan selawat.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani (tengah) turut sama membantu menumbangkan seekor lembu pada Majlis Gotong-Royong Perdana Qurbani Kumpulan Shapadu 2024 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali turut sama membantu melapah daging lembu sambil diperhatikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani (kiri) pada Majlis Gotong-Royong Perdana Qurbani Kumpulan Shapadu 2024 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.
Sebahagian petugas dan penduduk di sekitar Putrajaya bergotong-royong menumbangkan seekor lembu pada Majlis Gotong-Royong Perdana Qurbani Kumpulan Shapadu 2024 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani memperkatakan sesuatu kepada Imam Masjid Putra, Abd Karim Zakaria Al Makki sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha sebelum Majlis Gotong-Royong Perdana Qurbani Kumpulan Shapadu 2024 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.
Sebahagian petugas serta penduduk di sekitar Putrajaya bergotong-royong melapah daging lembu pada Majlis Gotong-Royong Perdana Qurbani Kumpulan Shapadu 2024 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.
Sebahagian petugas dan penduduk di sekitar Putrajaya bergotong-royong menumbangkan seekor lembu pada Majlis Gotong-Royong Perdana Qurbani Kumpulan Shapadu 2024 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.
Sebahagian petugas serta penduduk di sekitar Putrajaya bergotong-royong melapah daging lembu pada Majlis Gotong-Royong Perdana Qurbani Kumpulan Shapadu 2024 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This