BEBERAPA pengumuman yang dibuat oleh kerajaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dilihat menyalahi mandat dan kepercayaan rakyat serta jelas ia mempunyai elemen sogokan dan rasuah.
Rasuah Busters menegaskan, sebarang janji dan pemberian menjelang pilihan raya bukan saja menimbulkan tafsiran negatif rakyat bahkan ancaman besar yang mampu menggugat sistem demokrasi negara.
Ujarnya, tindakan tersebut memberi gambaran hipokrasi yang tidak mencerminkan komitmen negara memerangi rasuah dan ia adalah langkah terkebelakang bagi pemulihan tadbir urus serta struktur integriti.
“Persepsi sebegini mencemar segala usaha kerajaan memerangi rasuah. Keadilan dalam pilihan raya tidak harus dinodai amalan lapuk membeli undi rakyat dengan menaburkan habuan.
“Sumber kerajaan tersebut harus diagih secara adil kepada yang berhak tanpa mengira masa dan tempat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah membuat beberapa pengumuman di Pulai Pinang.
Baca artikel lain: Malaysia bakal dapat manfaat daripada BRICS – Pakar ekonomi
Antaranya sumbangan RM290,000 kepada sembilan masjid dan 20 surau yang berada di kawasan DUN Sungai Bakap serta sejumlah RM17,751,284 peruntukan untuk projek pembinaan balai bomba, penaiktarafan pasar Bukit Panchor dan sumbangan rumah ibadah bukan Islam.
Tambah Rasuah Busters, kerajaan perlu sentiasa berhati-hati dengan tatakelola penggunaan sumbernya semasa tempoh sensitif sekitar mana-mana pilihan raya.
Katanya lagi, fungsi biasa harus diteruskan tetapi sebarang tindak-tanduk yang jelas akan mempengaruhi pilihan raya hendaklah dihentikan serta-merta.
“Di #RasuahBusters, fokus kami adalah pada apa yang betul, bukan siapa yang berkuasa. Sumbangan sebegini adalah salah, dan kami akan tetap berpegang pada pendirian ini walau gabungan mana pun yang menerajui kepimpinan negara.
“Tidak kira siapa yang berkuasa; betul tetap betul, salah tetap salah!,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

