Program Senaman Warga Emas diperluas ke 120 lokasi seluruh negara

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bakal memperluaskan Program Senaman Warga Emas 2024 ke 120 lokasi seluruh negara bagi terus membudayakan amalan hidup aktif dalam kalangan warga emas.

Menteri berkenaan, Hannah Yeoh berkata peluasan program rintis yang dimulakan sejak Mei lepas itu akan dilakukan menerusi dua fasa penganjuran melibatkan 50 lokasi pada fasa pertama dan 70 lokasi pada fasa kedua.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan 21,000 warga emas menyertai program itu pada penganjuran tahun ini.

“Terdapat enam siri aktiviti kecergasan antaranya senamrobik, chair robic, berjalan kaki, tarian, taici dan yoga bagi setiap lokasi dan aktiviti dianjurkan secara percuma pada hujung minggu,” katanya pada pelancaran Program Senaman Warga Emas 2024 di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, hari ini.

Baca artikel lain: PM sedia beri pertimbangan khas pada KBS, tambah peruntukan lonjak industri sukan

Menurutnya, program itu merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) susulan daripada dapatan Sesi Perbincangan Meja Bulat (RTD) Berkaitan Pembudayaan Sukan dalam Kalangan Warga Emas yang diadakan pada 8 Feb lalu.

Di samping memberi manfaat secara langsung kepada golongan sasar, Hannah berkata program itu juga dapat meningkatkan kesedaran khususnya kepada ahli keluarga dan penjaga bagi mendorong warga emas untuk terus bersukan dan mengamalkan gaya hidup aktif.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program berkenaan boleh menghubungi JBSN menerusi talian 03-88713102 atau e mel [email protected].

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This