Mahkamah tolak permohonan injunksi sementara Mohd Azizi henti PRK DUN Nenggiri

Dari Penulis

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injunksi sementara penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim bagi menghentikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Peguam Chetan Jethwani mewakili Bersatu berkata Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas mendapati Mohd Azizi tidak mengalami sebarang kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki kerana beliau boleh menyertai pilihan raya kecil itu.

“Dengan keputusan hari ini (semalam), SPR boleh memulakan persiapan menghadapi PRK. Permohonan injunksi penuh akan didengar pada 28 Ogos ini pada 2.30 petang,” kata peguam itu ketika ditemui pemberita selepas pendengaran permohonan injunksi sementara yang diadakan secara dalam kamar, semalam.

Beliau berkata mahkamah memerintahkan Mohd Azizi membayar kos RM7,000 kepada setiap defendan iaitu Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung parti itu Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan SPR.

Sementara itu Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili SPR dan Mohd Amar berkata mahkamah menyatakan bahawa injunksi sementara itu tidak boleh diberikan bagi menghalang SPR daripada menjalankan tugasnya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Baca artikel lain: BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri – Ahmad Zahid

Prosiding yang bermula pada 4.30 petang dan berakhir 7.30 malam itu turut dihadiri Mohd Azizi dan peguamnya Datuk Seri Rajan Navaratnam.

Dalam saman pemula yang difailkan 24 Jun lepas Mohd Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang memohon pengisytiharan bahawa pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Nenggiri tidak boleh dijalankan atau dilakukan oleh SPR (defendan keempat) kerana ia masih disandang oleh plaintif.

Beliau turut memohon pengisytiharan bahawa pemecatan jawatan dan keahlian beliau dalam Bersatu menerusi notis bertarikh 12 Jun lepas adalah tidak sah dan batal serta salah di sisi undang-undang.

Plaintif juga memohon pengisytiharan agar pengumuman Surat Makluman daripada Mohd Amar (defendan ketiga) kepada SPR bahawa kerusi DUN Nenggiri kosong, digantung pelaksanaannya.

Mohd Azizi juga memohon perisytiharan bahawa Surat Makluman itu adalah tidak sah dan batal dan pemecatan jawatannya daripada Bersatu adalah berniat jahat.

Plaintif berkata pindaan kepada Fasal 10 Perlembagaan Bersatu yang menetapkan keahlian seseorang akan dihentikan jika dia menyokong saingan politik, adalah tidak berperlembagaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This