Dr Syed Husin Ali meninggal dunia pagi ini

Dari Penulis

TIMBALAN Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali meninggal dunia di Hospital Selayang awal pagi ini, pada usia 88 tahun.

Berita kematian itu dimaklumkan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

“Saya telah menziarah Allahyarham di Hospital Selayang pada Khamis lalu. Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada Hari Raya Haji kedua lalu.

“Allahyarham banyak berjasa kepada parti dan rakyat, telah menerbitkan banyak buku termasuk ‘Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara’ yang mengisahkan pengalaman beliau ditahan di bawah ISA serta ‘Sejarah dan Dasar Perjuangan KEADILAN’, dan banyak terlibat dalam pelbagai pilihan raya selain lama berjuang dalam politik tanah air,” katanya.

Baca artikel lain: Kerajaan teliti akta tertentu bagi hukuman berat kesalahan curi kabel komunikasi – Fahmi

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata beliau juga pernah membantu kempen Allahyarham pada Pilihan Raya Umum 2004 sewaktu bertanding di kerusi Petaling Jaya Selatan.

“Dr Syed seorang yang pandangannya cukup dihormati dalam parti dan sering menjadi rujukan para pimpinan. Beliau seorang penyabar, lemah lembut, tegas dalam bab disiplin dan banyak menyampaikan nasihat termasuk kepada diri saya sendiri.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Dr Syed Husin pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Timbalan Presiden PKR, Presiden Parti Rakyat Malaysia serta profesor di Universiti Malaya.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This