Fasha Sandha tak peduli netizen kritik nampak lebih tua selepas berjaya kuruskan badan

Dari Penulis

BINTANG popular, Fasha Sandha, 40, baru-baru ini terpaksa berdepan dengan kritikan netizen yang mendakwa dirinya kelihatan semakin tua selepas berjaya menurunkan berat badan.

Pelakon terkenal ini tidak berdiam diri dan tampil memberikan respons yang tegas melalui perkongsiannya di TikTok.

“Ada je pengikut saya cakap ‘oh dah kurus nampak tua, nampak apa,’ pedulikan apa orang cakap. Macam saya tak peduli apa orang cakap.

“Awak nak cakap apa pasal saya cakap je tak apa. Yang penting diri sendiri tahu diri ini sihat, diri ini senang nak bergerak,” tegas Fasha dalam video tersebut.

Fasha turut menekankan bahawa kebahagiaan dan kesihatan diri sendiri adalah yang paling utama, bukan pandangan orang lain.

Pelakon itu menyeru para pengikutnya untuk tidak terlalu memikirkan kritikan yang boleh merosakkan keyakinan diri.

“Saya rasa macam, buatlah apa yang kita rasa kita gembira. Jangan buat apa yang nak membahagiakan atau nak gembirakan orang lain,” tambahnya lagi.

Netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap kenyataan Fasha ini. Ada yang menyokong dan memuji sikap positifnya, manakala ada juga yang tetap dengan pandangan kritis mereka.

Namun, Fasha tetap berpegang teguh dengan prinsipnya, menunjukkan bahawa keyakinan diri dan kesihatan lebih penting daripada pandangan negatif orang lain.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This