Cadangan rangkum salah laku anggota SPRM, PDRM dalam Ombudsman Malaysia sedang diteliti – Kulasegaran

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

CADANGAN penubuhan Ombudsman Malaysia untuk turut merangkumi salah laku anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang diteliti kerajaan.

Perkara itu menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran, akan dilakukan menerusi satu kajian mendalam.

“Pada masa ini SPRM mempunyai jawatankuasa aduannya sendiri ditubuhkan di bawah Akta SPRM 2009. Jawatankuasa ini bertujuan antara lain memantau dan menangani aduan bersifat bukan jenayah terhadap pegawai dan anggota SPRM. Bagi PDRM aduan terhadap pegawaI dan anggota dikendalikan tatakelaluan IPCC 22.

“Bagaimanapun perkara ini akan diperhalusi dan dibincang lebih lanjut dengan semua agensi kementerian yang berkaitan dalam sesi libat urus akan diadakan dalam tempoh 3 bulan bermula 12 Jun.

“Satu kajian mendalam akan dibuat di mana pelantikan akan dilakukan dan menghalusi semua pandangan dan keputusan akan diputuskan selepas itu.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Kulasegaran berkata, cadangan penubuhan Ombudsman Malaysia telah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Agenda dan Reformasi Undang Undang pada 29 April lalu.

Katanya, ia dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan memutuskan sesi libat urus holistik dilaksanakan bagi tempoh 3 bulan untuk menentukan mekanisme penubuhan dan pelaksanaan badan berkenaan.

Jelas beliau, keputusan itu turut dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Jun lalu dan proses pelantikan Ahli Jawatankuasa dari setiap agensi terlibat bagi tujuan sesi libat urus sedang dijalankan.

Menurut Kulasegaran, sesi libat urus itu penting bagi memastikan pandangan dan keperluan semua pihak kepentingan diambil kira dalam proses penubuhan Ombudsman Malaysia secara telus dan menyeluruh untuk kepentingan semua.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This