Hishamuddin Rais bukan subjek siasatan, hanya dirakam keterangan – MCMC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AKTIVIS sosial, Hishamuddin Rais bukanlah subjek kepada mana-mana siasatan dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebaliknya, MCMC dalam kenyataan memaklumkan, Hishamuddin hanya dipanggil untuk dirakam percakapan di Ibu Pejabat Polsi Daerah (IPD) Brickfields pada pukul 3.15 petang semalam.

Menurut MCMC, tindakan tersebut diambil bertujuan untuk merakam kenyataan Hishamuddin berhubung satu kandungan bersifat jelik yang dipercayai telah dikongsi semula melalui laman blog ‘TukarTiub’ miliknya.

Baca artikel lain: MCMC sedang siasat akaun media sosial ‘Bola Tribe’ – Fahmi

“Terdahulu, MCMC telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada Hishammuddin mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Tiada sebarang penahanan atau sitaan peranti dibuat dan siasatan telah selesai pada pukul 6.45 petang.

“MCMC menegaskan bahawa sebarang tindakan siasatan terhadap mana-mana individu dijalankan berlandaskan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, sebuah portal melaporkan aktivis sosial itu disoal siasat oleh pihak polis selama lebih dua jam berhubung catatan blognya diterbitkan pada 25 April lalu, yang menimbulkan persoalan mengenai status kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This