Tiga lelaki tempatan ditahan kes curi motosikal

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TIGA lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 28 tahun telah ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes curi motosikal.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim Ismail berkata, tangkapan itu dibuat semasa Op Roda/Lejang Khas di sekitar Taman Ibu Kota Setapak pada 26 Jun lalu.

Jelas beliau, ketiga-tiga suspek ditahan di beberapa lokasi berasingan dalam op tersebut.

“Susulan dari tangkapan yang dilakukan, pihak polis telah berjaya merampas empat buah motosikal jenis Yamaha 135LC, sebuah motosikal jenis Honda dan komponen-komponen motosikal terdiri daripada sebuah rangka motosikal Yamaha 125zr, sebuah ekzos motosikal Yamaha 125zr, sebuah fork depan motosikal Yamaha 125zr, sebuah swing arm motosikal Yamaha 125zr dan coverseat tertera tulisan Y125zr.

“Hasil semakan mendapati kesemua tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau pelbagai kesalahan. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail (kanan) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian daripada motosikal serta komponen-komponen motosikal yang dirampas selepas berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar setapak ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Susulan dari operasi yang dijalankan ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan empat kes kecurian motosikal yang dilaporkan di sekitar kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Lazim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 1 tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun, dan juga boleh dikenakan denda. 

Menurut beliau, kesemua tangkapan telah ditahan reman bagi tujuan siasatan lanjut.

Mohamad Lazim turut memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: METMalaysia tamatkan nasihat tsunami di perairan Sabah

NASIHAT tsunami yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini bagi kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad...

More Articles Like This