HRD Corp: SPRM hadir ke Kesuma dapatkan dokumen untuk siasatan

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini hadir ke Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) bagi mendapatkan dokumen susulan isu membabitkan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

Sepasukan anggota disertai empat pegawai SPRM itu tiba di bangunan Kesuma, di Putrajaya pada kira-kira pukul 11.20 pagi dan kemudiannya dilihat memasuki bangunan berkenaan.

Difahamkan, pasukan SPRM itu mahu mendapatkan dokumen berkaitan di pejabat Cawangan Kawal Selia dan Penguatkuasaan di aras tujuh bangunan kementerian itu bagi membantu siasatan berhubung kes HRD Corp.

Baca artikel lain: KESUMA laksana pelbagai pembaharuan tadbir urus sebelum audit selesai, termasuk di HRD Corp – Menteri

Selepas hampir sejam, pegawai SPRM itu dilihat keluar dari bangunan Kesuma dengan membawa beberapa dokumen dan beredar.

Pada Sabtu lepas, SPRM telah mengesahkan sudah mengenal pasti beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu HRD Corp seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 baru-baru ini.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 dilaporkan berkata Kesuma disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit berkenaan.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad dakwa UMNO amal budaya kronisme dalam memilih calon

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa amalan memilih calon berdasarkan kelompok, kroni...

More Articles Like This