Kes mahkamah: Muhyiddin harap dapat layanan adil dan saksama

Dari Penulis

TAN Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan proses mahkamah berhubung semakan kehakiman bagi mencabar keputusan mengarahkan kes rasuah dihadapinya dikembalikan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pasukan peguam beliau telah berhujah dengan tepat dan mengharapkan hakim akan memberi pertimbangan secara bijaksana.

“Bagi saya adalah sesuatu yang amat penting dan diharapkan dengan perjalanan sistem kehakiman berdasarkan undang-undang saya akan dapat layanan yang adil dan saksama,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Mahkamah Putrajaya, hari ini.

Baca artikel lain: RM950 juta diperuntuk dalam RMK-12 kurangkan risiko banjir

Mahkamah Rayuan menetapkan 20 Ogos depan sebagai keputusan permohonan semakan kehakiman Muhyiddin untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai lima panel bersidang pada hari ini.

Ia berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan pada Februari lalu yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta dihadapi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Muhyiddin dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Pemimpin Bersatu itu juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas tahun lepas atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan bersama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This