AWAL pagi nanti, peminat bola sepak di seluruh dunia tentunya memberi tumpuan kepada perlawanan akhir Euro 2024 antara Sepanyol dan England yang akan berlangsung di Berlin, Jerman.
Aksi final Euro 2024 itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam video ringkas yang dimuat naik ke akaun TikTok, Perdana Menteri memilih Sepanyol untuk menjulang trofi tersebut.
“Final Euro, England lawan Sepanyol. Saya sokong Sepanyol. Tapi sementara itu kerja jalan, jadi sekarang terus kerja,” katanya dalam video itu.
Sepanyol bakal mengintai peluang menjulang trofi Kejuaraan Euro buat kali keempat mempamerkan persembahan menakjubkan sepanjang kejohanan kali ini.
Sebagai satu-satunya pasukan yang berjaya memenangi kesemua perlawanan di Euro 2024, La Roja pastinya bergantung kepada keupayaan bintang muda Barcelona, Lamine Yamal yang memukau pada penyertaan pertamanya di kejohanan utama antarabangsa.
Selain itu, pemain-pemain lain seperti Rodri, Dani Olmo dan Fabian Ruiz juga menjadi kunci kekuatan Sepanyol kali ini.
@anwaribrahimofficial England atau Spain?
♬ original sound – Anwar Ibrahim
Baca artikel lain: Lembaga KPF perlu ada pengurusan cekap, jaga kebajikan peneroka – PM
Sekiranya berjaya memenangi perlawanan pagi nanti, Sepanyol bakal menjadi pasukan paling berjaya di Kejuaraan Euro, mengetepikan Jerman yang ketika ini terikat dengan tiga kejuaraan.
Pasukan itu sebelum ini memenangi Euro pada tahun 1964, 2008 dan 2012.
England pula dalam proses untuk menamatkan kemarau panjang selama 58 tahun memperoleh kejayaan dalam kejohanan utama.
Kali terakhir The Three Lions memperoleh piala adalah satu-satunya Piala Dunia iaitu pada tahun 1966 di laman sendiri.
Pengurus England, Gareth Southgate membawa pasukan itu ke final Euro 2020 di Wembley tetapi tewas kepada Italy 3-2 dalam penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit.
Magis maestro Real Madrid, Jude Bellingham pasti ditagih di samping penyerang prolifik dan kapten England, Harry Kane bagi membawa pasukan itu akhirnya merangkul trofi Euro.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

