Zahid terbuka jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan

Dari Penulis

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersikap terbuka jika jawatan Presiden yang disandangnya dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam Pemilihan UMNO pada tahun 2026 nanti.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Ahmad Zahid menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO akan datang bagi membuat sebarang ketetapan.

Bagaimanapun, beliau berkata, parti keramat itu masih perlu mengukuhkan UMNO sebelum memikirkan soal pertandingan kedua-dua jawatan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri memaklumkan, beliau akan memastikan sama ada keputusan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO itu dipertandingkan atau tidak mematuhi Perlembagaan parti berkenaan.

“Apabila tiba masanya, pemilihan parti tetap akan berjalan. Mengikut perlembagaan UMNO, pemilihan parti perlu diadakan setiap tiga tahun. Cukup waktunya nanti pada tahun 2026.

“Namun di sana ada klausa bahawa pemilihan boleh ditangguhkan selama 18 bulan ertinya ia bergantung kepada keputusan yang akan dibuat dalam Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung UMNO.

Baca artikel lain: PRK Nenggiri: UMNO tampil calon muda on the ground, bukan dari ‘langit’

“Saya amat terbuka dalam perkara ini. Namun apa yang lebih penting UMNO harus dipertahankan dan kekal relevan bukannya memikirkan soal pertandingan.

“Kita perlu lihat situasi sesuatu tahun atau tarikh yang akan ditentukan itu sudah tentunya seseorang calon itu tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian, ia bergantung kepada dukungan para perwakilan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid ketika berucap mengingatkan ahli UMNO sekiranya mahukan jawatan dalam parti perlu mendapatkannya dengan cara yang betul.

“Diam tak diam saya sudah tujuh tahun sebagai Presiden UMNO itu pun kerana diberikan tanggungjawab oleh “bossku” (Datuk Seri Najib Razak). Jawatan hakiki ketika itu cuma Naib Presiden UMNO tetapi diberi tanggungjawan Presiden UMNO.

“Saya dah rasa semua jawatan, jangan naik pijak orang, kalau naik pijak orang, tunggulah masa orang pijak kita pula,” ujarnya.

Semalam, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara meluluskan tiga usul secara sebulat suara termasuk menggesa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan pada pemilihan yang dijangka diadakan dua tahun lagi.

Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihaknya juga meminta pucuk pimpinan mengkaji semula hubungan dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan kini.

Pada masa sama, UMNO juga perlu menunaikan janji untuk membebaskan bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dipenjarakan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This