PERMOHONAN supaya penetapan tambahan dibuat dengan tidak membenarkan bas ekspres di bawah kategori Ekonomi menyediakan tempat duduk tunggal telah diteliti oleh Kementerian Pengangkutan.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu bagaimanapun belum dapat dipertimbangkan memandangkan tidak membawa faedah besar terhadap pengguna.
Malah, jelas beliau, perkara itu akan membawa lebih manfaat kepada pengguna yang mendapat perkhidmatan lebih selesa selain kadar tambang yang lebih rendah.
“Perkhidmatan bas ekspres sebelum ini dibahagikan kepada tiga kategori perkhidmatan iaitu Ekonomi, Eksekutif dan Perdana.
“Kategori perkhidmatan bas ekspres tersebut ditentukan mengikut kemudahan dan spesifikasi kenderaan termasuk jumlah tempat duduk yang disediakan,” katanya dalam sidang Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut, Loke berkata, kategori dan spesifikasi perkhidmatan bas ekspres terbabit telah dipinda melalui Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Penetapan Kategori Perkhidmatan Bas Ekspres) 2022 yang telah diwartakan pada 9 Jun 2022 di mana kategori perkhidmatan bas ekspres hanya dibahagikan kepada kategori Ekonomi dan Eksekutif sahaja.
Katanya, peraturan tersebut telah menetapkan jumlah tempat duduk bagi kategori Ekonomi adalah tidak kurang daripada 38 tempat duduk bagi bas satu tingkat dan tidak kurang daripada 50 tempat duduk bagi bas dua tingkat.
Manakala, menurut beliau, bagi kategori Eksekutif, penetapan jumlah tempat duduknya pula adalah tidak lebih daripada 37 tempat duduk bagi bas satu tingkat dan tidak lebih daripada 49 tempat duduk bagi bas dua tingkat serta mempunyai sekurang-kurangnya satu baris tempat duduk tunggal.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

