Suspek bunuh Nur Farah Kartini seorang Lans Koperal, sudah 5 tahun berkhidmat dalam PDRM

Dari Penulis

SUSPEK yang ditahan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, semalam sudah berkhidmat sebagai anggota polis selama lima tahun.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek berusia 26 tahun itu adalah anggota berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim.

“Saya sahkan subjek yang melakukan kes ini adalah seorang anggota dari Balai Polis Slim River.

“Dan beliau (subjek) sudah menunjukkan tempat lokasi kejadian (penemuan mayat).

“Apabila disemak tempat berlaku kejadian di negeri Selangor, jadi kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuka oleh Kontinjen Selangor,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Terdahulu, seorang penjawat awam berusia 26 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini selepas dipercayai membunuh Nur Farah Kartini.

Perintah reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

UtusanTV sebelum ini melaporkan, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemui pada 6 petang semalam dipercayai dibunuh individu dikenali.

Mayat wanita berusia 25 tahun yang juga merupakan bekas graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditemui di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Risiko belanjawan gagal diluluskan punca PRN Negeri Sembilan diadakan

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan Negeri Sembilan berdepan risiko krisis pentadbiran sekiranya Belanjawan Negeri gagal diluluskan pada sidang Dewan Undangan...

More Articles Like This