‘Saya tak boleh dedahkan alasan tinggalkan Harimau Malaya, bahaya’ – Pan Gon

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KETUA Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon mengesahkan bahawa beliau meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Pan Gon memberi alasan keputusan yang sudah difikirkan selepas Harimau Malaya bertemu Taiwan itu bersifat peribadi dan tidak boleh didedahkan.

Beliau pada masa sama meminta maaf sekiranya keputusan tersebut mengecewakan ramai pihak khusus Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ultras Malaya dan rakyat Malaysia.

Turut tidak ketinggalan ucapan terima kasih beliau kepada kerajaan Malaysia khususnya Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang tidak pernah putus asa memberi sokongan kepadanya.

“Hari ini saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Malaysia atas komitmen peribadi. Saya memohon maaf sekiranya keputusan ini mengecewakan ramai pihak.

“Sejak saya tiba pada 2022, rakyat Malaysia menyambut saya dengan baik dan ini adalah satu perjalanan yang sangat indah bagi saya.

“Pada Jun 2022 kita sama-sama meraikan kejayaan Malaysia layak ke Piala Asia untuk kali pertama sejak 23 tahun lalu dan sejak itu ranking FIFA kita meningkat ke-130 dan seri dengan Korea Selatan.

“Saya bercakap dengan Presiden (FAM) segala-galanya (hasrat untuk melepaskan jawatan), perkara yang saya tidak boleh dedahkan kepada anda (wartawan) di sini, sangat bahaya,” katanya dalam sidang media khas di Wisma FAM, hari ini.

Tempat Pan Gon bakal diisi pembantu jurulatih, Pau Marti Vicente sebagai pemangku ketua jurulatih dibantu seorang lagi pembantu jurulatih, E Elavarasan.

Pan Gon memberitahu Vicente merupakan seorang jurulatih yang berada pada kedudukan tinggi dalam sukan bola sepak dan boleh membantu Malaysia meningkatkan momentum permainan.

Malah, beliau juga percaya sudah meninggalkan struktur serta skuad yang baik dan penggantinya mampu menggalas tugas untuk memimpin Harimau Malaya.

Keupayaan Vicente bakal diuji menerusi kejohanan Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 yang bakal dijalankan pada bulan September depan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This