Kru kapal terjatuh dalam laut di perairan Melaka, Maritim Malaysia gerak operasi Carilamat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG kru kapal MT RESOLUTE dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan Melaka ketika dalam perjalanan menuju ke Singapura, semalam.

Susulan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) mangsa warganegara India itu.

Pengarah Maritim Melaka, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz memaklumkan, kru kapal yang dikenali sebagai Vishnu Babu, 25, itu dipercayai telah terjatuh di kedudukan 11.8 batu nautika barat daya Tanjung Klebang di Melaka.

Mohd Khairi memberitahu, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 11.10 pagi daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) di Johor Bahru.

Baca artikel lain: Kotak hitam helikopter APMM mendarat cemas dihantar ke Itali

Beliau berkata, bot PERKASA 37 yang sedang dalam operasi telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk mengesan mangsa.

“Keluasan sektor pencarian meliputi 43.5 kilometer persegi dan bot ronda RH 22 dari Pasukan Polis Marin (PPM) turut membantu dalam pencarian ini, namun tiada sebarang penemuan ditemui setakat jam 7 malam tadi.

“Operasi Carilamat ditangguhkan dan diteruskan pada hari kedua bermula jam 8 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 atau talian kecemasan NG999 yang beroperasi secara 24 jam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Krisis Negeri Sembilan: Semua pihak perlu ikut jalur hukum yang sah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua pihak perlu mengikut jalur hukum yang sah serta menghormati Perlembagaan...

More Articles Like This