Kanak-kanak perempuan hilang di Eco Galleria, Iskandar Puteri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor semalam.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan meminta bantuan orang ramai untuk mengesan kanak-kanak perempuan berkenaan yang dikenali sebagai Albertine Leo Jia Hui.

Menurut Kumarasan, kehilangan Albertine disedari oleh bapanya kira-kira pukul 8.30 malam semalam.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan memakai baju T berwarna putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan berseluar pendek.

“Polis Daerah Iskandar Puteri sedang berusaha mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang telah hilang sejak 20 Julai 2024.

“Lokasi terakhirnya ialah di Eco Galleria 3, Jalan Eco Botani 3/2, Taman Botani, Iskandar Puteri.

Baca artikel lain: ‘Ini mitos semata’, Tak perlu tunggu 24 jam buat laporan kes kehilangan

“Tinggi kanak-kanak tersebut lebih kurang 120 sentimeter (cm), berambut panjang berwarna hitam, berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Kumarasan turut meminta ruang untuk siasatan polis dijalankan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung kehilangan kanak-kanak perempuan itu termasuk yang mengatakan dia sudah dilarikan dan kini berada di kawasan utara negara.

“Saya harap sabar dan jangan buat andaian. Pihak polis sedang siasat, setakat itu sahaja (perkongsian maklumat) sekarang,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan kanak-kanak itu boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ridzuan Abd Hadi di talian 017-7051097 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri 019-2792095 atau Bilik Gerakan 07-2212999.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This