POLIS akan membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh reman suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, esok.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim yang mengesahkan perkara itu memaklumkan, suspek kes bunuh Nur Farah Kartini itu akan dibawa ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu.
“Ya, suspek dibawa ke mahkamah esok (Isnin) untuk lanjutan reman.
“Reman suspek selama tujuh hari akan tamat esok, siasatan masih dijalankan termasuk usaha cari barang bukti dan lain-lain sudut termasuk merekod keterangan beberapa individu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online, hari ini.
Sebelum ini, Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang pada 15 Julai lepas.
Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan dan direman hingga esok untuk membantu siasatan kes terbabit, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Baca artikel lain: Pembunuhan Farah Kartini: Polis selesai ambil keterangan pekerja kebun ubi
Polis Perak kemudian mengesahkan suspek yang juga penjawat awam merupakan anggotanya berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.
Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang, kira-kira pukul 5.20 petang Khamis lalu.
Jenazah sebelum itu dimandikan di Hospital Sungai Buloh.
Van membawa jenazah diiringi keluarga dan rakan Allahyarham tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis kira-kira jam 4:55 petang.
Hampir 200 orang termasuk ahli keluarga, penduduk, dan rakan menghadiri majlis pengebumian jenazah.
Turut berada menyempurnakan pengebumian ialah ibu dan adik beradik mangsa
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

