Pelajar Malaysia di Bangladesh dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PELAJAR Malaysia yang terkesan susulan situasi semasa di Bangladesh dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi demi keselamatan mereka.

Kementerian Luar dalam kenyataan menegaskan bahawa keselamatan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa menjadi keutamaan.

Pada masa sama, kementerian itu turut memahami kebimbangan rakyat Malaysia terhadap keselamatan ahli-ahli keluarga mereka di Bangladesh.

Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga sedang mempertimbangkan semua pilihan yang ada termasuk evakuasi sekiranya perlu.

“Kementerian ini bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi serta agensi lain yang berkaitan dalam usaha membantu pelajar Malaysia di Bangladesh.

“Kementerian ini memohon semua pelajar Malaysia agar berhubung dan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

“Bilik Operasi telah dibuka di kementerian dan boleh dihubungi di nombor telefon +603-8887 4570 atau e-mel [email protected],” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Kementerian Luar pastikan keselamatan pelajar Malaysia susulan rusuhan di Bangladesh

Mengulas lanjut, Kementerian Luar turut menggesa rakyat Malaysia supaya berhati-hati terhadap individu yang menjanjikan bantuan untuk rakyat Malaysia di Bangladesh.

Kementerian itu juga menasihatkan rakyat Malaysia di Bangladesh untuk melakukan semakan dengan menghubungi bilik operasi.

“Kementerian Luar menggesa semua rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh untuk mengelakkan kawasan protes, kekal berwaspada dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan selaras dengan perintah berkurung yang sedang berkuat kuasa.

“Kementerian ini memantau rapat situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Protes di Bangladesh bermula bulan ini di kampus universiti ketika pelajar menuntut dihentikan sistem kuota yang memperuntukkan 30 peratus pekerjaan dalam sektor awam untuk ahli keluarga veteran yang berjuang dalam perang kemerdekaan Bangladesh pada 1971.

Amaran keselamatan tahap tinggi dikeluarkan untuk seluruh Bangladesh, susulan pertempuran ganas antara pelajar dan polis yang berterusan.

Ibu kota Dhaka turut berdepan sekatan telekomunikasi hampir secara total, dengan talian telefon juga terputus dalam tunjuk perasaan yang meragut banyak nyawa itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional...

More Articles Like This