RM40 juta dari Persekutuan mampu atasi masalah pengairan sawah padi di Kelantan

Dari Penulis

KERAJAAN Kelantan masih menunggu peruntukan sebanyak RM40 juta dari Persekutuan bagi menyelesaikan masalah pengairan di kawasan sawah padi luar jelapang di Gong Manok, Semerak.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, permohonan itu dibuat oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak, baru-baru ini.

“Petani-petani di kawasan ini mengalami masalah tidak cukup bekalan air yang menjejaskan tanaman mereka dan kerajaan negeri mengadakan sesi libat urus dengan IADA bagi mencari jalan penyelesaian.

“Setakat yang dimaklumkan, permohonan peruntukan RM40 juta sudah dibuat supaya masalah air diatasi dan kawasan berpotensi tanaman padi Gong Manok menyumbang lebih banyak hasil padi di Kelantan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Melabuh Tukun Tiruan (Konservasi) Negeri Kelantan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Tahun 2024 di Kompleks Pelabuhan Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali, hari ini.

Baca artikel lain: Pelbagai kaum, bangsa, agama hadir Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya

Menurut beliau, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan segera berjumlah RM50,000 bagi membeli pam-pam bergerak dan pelaksanaan kerja-kerja membersihkan saliran.

“Kami juga membina kolam-kolam takungan air dan telaga-telaga tiub sementara menunggu peruntukan lebih besar disalurkan.

“Saya memahami kesusahan dialami pesawah dan amat berharap peruntukan diluluskan bagi membantu meringankan bebanan mereka,” katanya lagi.

Tuan Mohd Saripudin memberitahu, petani-petani terbabit mengalami masalah bekalan air di sawah yang menyebabkan tanaman padi hanya dapat dilakukan tiga kali dalam tempoh dua tahun.

“Mereka bergantung kepada hujan hujung tahun dan menunggu bulan Ogos atau September untuk mula menyemai benih padi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This